City mahu Drogba

City mahu Drogba

PENGENDALI Manchester City, Manuel Pellegrini diberitakan sedang mempertimbang untuk mendapatkan bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba bagi mengisi tempat Alvaro Negredo.


Negredo disahkan tidak dapat beraksi dalam tempoh empat bulan akibat kecederaan pada kaki kanan ketika perlawanan persahabatan pra-musim menentang Hearts, baru-baru ini.

Ketiadaan Negredo itu sedikit sebanyak mengundang resah buat Pellegrini dalam usaha untuk mempertahankan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selain beraksi dalam Liga Juara-Juara.

Menurut laporan Daily Star, Pellegrini sanggup untuk memintas bidaan Chelsea yang turut menginginkan Drogba.

Bintang yang baru sahaja meninggalkan Galatasaray menyatakan minat untuk bermain di Stamford Bridge.

Namun penyerang veteran itu akan merungkaikan segala persoalan berkaitan pasukan yang akan disertainya minggu ini.

sumber